Tuesday, 17 July 2012

misteri kehilangan novel

......perjalanan novel sebelom hilang.....


7 julai 2012 - kak aku ada beli novel bertajuk "suamiku tak romantik tapi akustik" 
                     best jgak la lain dari yang len... 
9 julai 2012 - kak aku start baca novel 2.. 
12 julai 2012 - aku  pulak yang baca novel 2
13 julai 2012 - aku bawak novel 2 pergi office.lepas 2 aku sambung baca dekat umah mak mentua kak aku
  • 6.30pm kak aku suruh dia p ambik dia dekat ktm sungai buloh... aku rasa menyesal sebab tak bawak   novel lama jgak aku tunggu kak aku.. 
  • 7.30pm sampai umah mak mentua kak aku then aku tercari2  mana novel td tp alangkah terkejutnya novel 2 dah tak ada.. 
17 julai 2912 - novel masih tidak dijumpai lagi

masih ada lebih kurang 200 muka surat lagi aku x dan nak baca.. adush mana nak cari nie. nak kena baca yasin bnyak2 nie kowt2 buleh jumpa balik... SAPA ADA MAI NAK PINJAM SAT



"MAHASISWA KITA LEMAH DAN LESU"

Tengah-tengah dok belek sa2  majalah, tiba2 ja terpandang sa2 tajuk
yang menarik hati ni, nak usha jaoh lebih dalam apa isi-isinya

"MAHASISWA KITA LEMAH DAN LESU"
tu la tajuknya BETOI KER???
ish!!! marah nie.. aku pown lepasan IPTA jgak ( 2 yang angin)
bila tengok statistik, macam banyak jew yang dapat keputusan yang cemerlang.. lesu tang mana plak??

tapi bila tengok isi dalamnya ia bukan berkaitan dengan akedemik.. tp soal "KEPIMPINAN"

"hal ini kerana, kita dapat melihat situasi mahasiswa di kampus tempatan kini semakin lesu dalam soal kepimpinan. Tidak dinafikan ramai mahasiswa yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Namun, di dalam konteks kepimpinan, mahasiswa dilihat lemah dan tidak dan tidak berkelayakan"
 " Ini jelas kita dapat lihat terutama berhubung penglibatan mahasiswa di dalam persatuan dan aktiviti kebajikan. penglibatan mereka amat kurang. Mereka seolah-olah selesa dengan sindrom 3K iaitu Kuliah, Kafe dan kolej.
"Kita tidak mahu graduan yang lahir daripada universiti tempatan kita dilihat lemau dan kurang karakter kepimpinan. Mahasiswa kita hanya hebat dalam teori, namun lemah di sudut praktikalnya. Hal ini seterusnya mencemarkan imej universiti tempatan kita"

ni la antara isi yang dapat aku taip... x kan nak taip semua kan?? sat g majalah 2 saman aku baru ada akai..
tp aku rasa artilkel ni amat menarik so kalau ada sapa nk baca beli la sendiri majalah nie.

KULIAH<KAFE>KOLEJ
sapa yang bersetuju dengan 3K diatas???

tapi kalau dok asyik dengan persatuan je kelas tak masuk!!assignmen tak buat pointer tah apa2..!! camna plak??