Tengah-tengah dok belek sa2 majalah, tiba2 ja terpandang sa2 tajuk
yang menarik hati ni, nak usha jaoh lebih dalam apa isi-isinya
"MAHASISWA KITA LEMAH DAN LESU"
tu la tajuknya BETOI KER???
ish!!! marah nie.. aku pown lepasan IPTA jgak ( 2 yang angin)
bila tengok statistik, macam banyak jew yang dapat keputusan yang cemerlang.. lesu tang mana plak??
tapi bila tengok isi dalamnya ia bukan berkaitan dengan akedemik.. tp soal "KEPIMPINAN"
"hal ini kerana, kita dapat melihat situasi mahasiswa di kampus tempatan kini semakin lesu dalam soal kepimpinan. Tidak dinafikan ramai mahasiswa yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Namun, di dalam konteks kepimpinan, mahasiswa dilihat lemah dan tidak dan tidak berkelayakan"
" Ini jelas kita dapat lihat terutama berhubung penglibatan mahasiswa di dalam persatuan dan aktiviti kebajikan. penglibatan mereka amat kurang. Mereka seolah-olah selesa dengan sindrom 3K iaitu Kuliah, Kafe dan kolej.
"Kita tidak mahu graduan yang lahir daripada universiti tempatan kita dilihat lemau dan kurang karakter kepimpinan. Mahasiswa kita hanya hebat dalam teori, namun lemah di sudut praktikalnya. Hal ini seterusnya mencemarkan imej universiti tempatan kita"
ni la antara isi yang dapat aku taip... x kan nak taip semua kan?? sat g majalah 2 saman aku baru ada akai..
tp aku rasa artilkel ni amat menarik so kalau ada sapa nk baca beli la sendiri majalah nie.
KULIAH<KAFE>KOLEJ
sapa yang bersetuju dengan 3K diatas???
tapi kalau dok asyik dengan persatuan je kelas tak masuk!!assignmen tak buat pointer tah apa2..!! camna plak??